Hari Raya Aidilfitri Disambut Meriah di Xinjiang

2022-05-04 10:51:39  CRI
Share with:


3 Mei ialah hari raya Aidilfitri dan perayaan ini disambut meriah oleh golongan Islam di beberapa tempat di wilayah Xinjiang, China.

Masjid Yanghang yang terletak di bandar Urumqi, ibu kota wilayah Xinjiang mempunyai sejarah lebih 120 tahun. Penduduk Islam yang tinggal di sekitar datang bersolat di masjid itu.

Di dataran Masjid Id Kah, bandar Kashgar, penduduk Islam dari pelbagai kaum memakai pakaian yang cantik, menari sambil menyanyi untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri.

Pada perayaan penting ini, seisi keluarga berkumpul dan bersama-sama menikmati hidangan besar.