Putin, Makcon Bincang Situasi Ukraine

2022-05-04 14:03:33  CRI
Share with:

Putin, Makcon Bincang Situasi UkrainePresiden Rusia, Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari Perancis Emmanuel Macron telah mengadakan perbincangan mengenai situasi di Ukraine melalui telefon semalam.

Istana Kremlin dalam pengumuman mengatakan, Putin telah memaklumkan perkembangan terkini operasi ketenteraan khas termasuk situasi di Mariupol dan pelaksanaan perjanjian untuk memindahkan rakyat jelata dari kilang keluli Azovstal yang dicapai oleh Putin dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada 26 April lalu.

Putin juga menjelaskan pendirian Rusia dalam rundingan dengan wakil Ukraine. Tegasnya, Moscow tetap bersedia untuk mengadakan dialog walaupun sikap Kyiv berubah-ubah dan tidak membuat persiapan teliti.

Mengenai keperihatian Perancis tentang sekuriti makanan global, Putin menyatakan bahawa situasi menjadi rumit ekoran sekatan negara-negara Barat sejak mulanya. Beliau juga menegaskan pentingnya untuk memastikan logistik dan infrastruktur antarabangsa berjalan lancar.