Pelarian Cuba dan Nicaragua Dihantar dari AS ke Mexico

2022-05-05 11:33:37  CRI
Share with:

Kerajaan Biden memilih menghantar pelarian Cuba dan Nicaragua yang datang ke negaranya untuk mencari suaka politik ke Mexico, dengan memanfaatkan peraturan kuarantin semasa penularan pandemik COVID-19 sekarang ini.

Associated Press (AP) memetik kenyataan pegawai Amerika Syarikat (AS) sebagai berkata, kerajaan AS telah mencapai persetujuan dengan kerajaan Mexico pada 26 April tentang penghantaran 100 pelarian Cuba dan 20 Nicaragua ke Mexico setiap hari, dan kempen penghantaran yang sudah dimulakan pada 27 April itu akan berakhir pada 22 Mei.