Hari Lixia Dirai Mengikut Adat Tradisi

2022-05-05 12:34:17  CRI
Share with:

Hari Lixia, antara "24 musim" menurut kalendar tradisional Cina, jatuh pada 5 Mei ini.

Makan telur rebus bersama seisi keluarga merupakan adat tradisi China untuk menyambut pesta yang menandakan permulaan musim panas itu.

Sebelum makan telur, orang ramai akan memasukkannya ke dalam jaring yang diperbuat daripada benang berwarna-warni untuk digantungkan pada leher kanak-kanak, bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan.

Kanak-kanak juga berkumpul untuk beradu telur sehingga salah satu daripadanya pecah cangkang. Si pemenang digelar “raja telur”, manakala telur yang pecah kulit itu wajib dimakan segera.

Satu lagi aktiviti wajib pada Hari Lixia adalah “timbang berat”. Orang ramai akan melakukannya lagi pada Hari Liqiu atau permulaan musim luruh, untuk melihat perubahan berat badan sendiri sepanjang musim panas.