Prospek ASEAN Lebih Cemerlang Berbanding EU

2022-05-05 14:32:09  CRI
Share with:

Kalau sepuluh tahun yang lalu, semua pihak melihat Kesatuan Eropah (EU) sebagai panduan dalam usaha membangunkan ASEAN. Tapi, berdasarkan perkembangan terkini, Satria menyifatkan ASEAN telah meneroka jalan pembangunan bercirikan diri maka prospeknya lebih cemerlang berbanding Kesatuan Eropah.

 

Sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN, G20 dan APEC tahun ini, Kemboja, Indonesia dan Thailand semalam mengeluarkan kenyataan bersama yang menegaskan menyediakan peluang kepada semua anggota bagi menggalakkan agenda serantau dan global demi kedamaian, kemakmuran dan pembangunan lestari untuk rakyat.

 

Tapi yang paling menarik tumpuan adalah kenyataan Kementerian Luar Negara ketiga-tiga negara bermakna pihaknya akan terus mengundang kehadiran Rusia.

 

Menghadapi sidang kemuncak bersama Amerika yang dijadualkan pada 12 dan 13 Mei nanti, pelbagai anggota ASEAN menghadapi tekanan besar.

 

Jelas, tujuan utama Amerika adalah memaksa ASEAN untuk bersuara senada dengannya dalam isu Ukraine-Rusia. Sikap yang suka mengarah ini tentulah tidak menyenangkan kebanyakan negara. Presiden Filipina, Rodrigo Duterte secara terus terang menolak daripada menghadiri sidang itu.

 

Manakala, sebagai tuan rumah tiga mesyarakat serantau dan antarabangsa yang penting tahun ini, Kemoja, Indonesia dan Thailand dijangka akan menghadapi tekanan paling berat.

 

Pengumuman keputusan yang dibuat secara bersama-sama sebelum melawat Amerika adalah pilihan yang bijaksana.

 

Dengan ini ASEAN telah jelas memperlihatkan sikapnya kepada dunia, meskipun masih ada suara berbeza antara anggota, tapi pihaknya mampu mengeluarkan kata sepakat sebagai satu komuniti dan berdikari dalam meniti perjalanan masing-masing.

 

Ini amat penting dan juga faktor mengapa Satria menyifatkan prospek ASEAN lebih cemerlang berbanding EU.

 

Dari segi politik dan keselamatan, EU dalam puluhan tahun ini nampaknya selalu berusaha mengejar kebebasan dari Amerika. Tapi, agenda ini gagal susulan terdapat pelbagai perkembangan terkini termasuk tercetusnya Perang Ukraine-Rusia serta kekurangan pemimpin yang kuat.

 

EU sebenarnya satu komuniti yang dipimpin oleh satu dua negara kuat di Eropah, terutamanya Jerman dan Perancis, serta didalangi oleh Amerika.

 

Tapi dengan bersaranya Angele Merkel, kini Emmanuel Macron seorang diri sahaja memikul beban Eropah dan ia tentunya lebih sukar.

 

Tambah lagi diberi musuh yang ketara, ancaman yang mendesak memaksa Eropah melepaskan rancangan jaminan keselamatan diri sebaliknya semakin terikat kepada perlindungan ketenteraan dari Amerika lagi.

 

Kalau dari segi ekonomi pula, EU nampaknya lebih makmur. Tapi ini berasaskan rampasan terhadap dunia dalam ratusan tahun ini. Kalau melihat ke masa depan, berbanding Barat yang kini berkecenderungan mengutamakan sekatan untuk memelihara kepentingan atau ageneda politik sendiri, ASEAN adalah lebih dinamik dan terbuka dengan peranan utama dalam beberapa rangka kerjasama ekonomi serantau.

 

Dengan berkuatkuasa RCEP, pasaran integrasi dan populsinya paling besar di dunia. GDP anggota negara RCEP menduduki 30.5% daripada dunia. Perdagangan dalam RCEP dengan sama skala dengan EU.