AS Dikritik Salahguna Sekatan, Jejaskan Proses Globalisasi

2022-05-05 15:50:53  CRI
Share with:

Sejumlah badan media dan pakar Amerika Syarikat (AS) bersama-sama menyuarakan kritikan baru-baru ini yang berbunyi bahawa mahu membalikkan arus globalisasi adalah salah, dan proses globalisasi terjejas akibat penyalahgunaan sekatan kewangan oleh AS.

Sebuah rencana terbitan majalah “Polisi Diplomatik” AS pada Selasa lalu yang bertajuk “Gelombang Antiglobalisasi dan Keberbahayaannya” berbunyi bahawa pengunduran proses globalisasi tidak berfaedah bagi AS malah dunia. Ketika menyebut keadaan inflasi di AS yang sudah berada di luar kawalannya, rencana itu menunjukkan bahawa inflasi sejagat dapat dikawal secara berkesan pada puluhan tahun yang lalu dengan adanya negara-negara membangun termasuk China, India dan lain-lain yang memainkan peranan masing-masing dalam sistem perdagangan global. Namun seiring dengan AS mengubah-ubah polisi tarifnya, inflasi di negara itu menjadi semakin susah untuk dikawal dan kos pengendalian perusahaan juga melambung. Pada masa yang sama, penyalahgunaan sekatan perdagangan dan kewangan oleh kem Barat yang diketuai AS, pasti akan menjadi halangan bagi perdagangan antarabangsa yang normal dan selanjutnya menjadikan globalisasi terjejas.