FDA Hadkan Penerimaan Vaksin Johnson & Johnson

2022-05-06 12:36:01  CRI
Share with:

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) semalam membuat keputusan untuk mengehadkan penerimaan vaksin COVID-19 yang dihasilkan Johnson & Johnson.

Keputusan itu dibuat kerana terdapat risiko trombosis selepas menerima vaksin berkenaan.

Menurut FDA, hanya individu yang tidak boleh atau tidak ingin menerima vaksin lain dibenarkan menerima vaksin Johnson & Johnson.