Sun Chun, Penjaga ‘Mata Langit’

2022-05-06 12:53:06  CRI
Share with:

Sun Chun, 34, jurutera bertugas di pangkalan penyelidikan FAST, teleskop radio terbesar di dunia yang berdiameter 500 meter.

Setelah mendapat ijazah sarjana pada 2012, Sun menyertai projek FAST dan menjadi satu-satunya jurutera wanita bertugas di sana pada fasa pembinaan awal.

Sun dan rakan-rakan sekerjanya juga digelar penjaga ‘mata langit China’.

Setakat ini, FAST telah menemui lebih 500 pulsar serta mencapai kemajuan besar dalam bidang penyelidikan seperti letupan radio pantas (FRB) dan sebagainya.

“Sungguh mengagumkan apabila pulsar yang ditemui FAST terpapar di depan mata, dan pengalaman itu membuat saya berasa kerja diri sangat bermakna,” kata Sun.

Di tapak projek FAST, Sun bersua dengan jodohnya Shi Xiangwei, lalu mendirikan rumah tangga pada 2014. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lima tahun kemudian.

FAST, impian yang dikongsi beberapa generasi ahli astronomi. Sun berharap impian itu dapat terus disambung oleh anak perempuannya kelak.