Santapan Minda: Balas Kasih Ibu

2022-05-06 18:14:43  CRI
Share with:



Bisikan Hati Anak Perantau   


Benang di tangan ibu,

Menjadi baju untuk anak yang merantau.

Jahitannya rapi lagi halus,

Takut meretas jika anak kelewatan.

Ketaatan anak sekecil rumput,

Masakan dapat membalas kasih ibu yang

umpama mentari.


Huraian: 

Puisi berjudul "Bisikan Hati Anak Perantau" dicipta Meng Jiao (751-814), menzahirkan setinggi-tinggi penghormatan dan perasaan terima kasihnya kepada ibu. Apakah caranya untuk membalas kasih ibu bapa? Sudah tentu bukan dengan menyandang jawatan yang tinggi atau memperoleh gaji yang lumayan, tetapi yang lebih penting adalah menghormati mereka dan meluangkan lebih banyak masa untuk menemani mereka. Orang ramai diingatkan bahawa ketaatan kepada ibu bapa bukan setakat menjamin kehidupan mereka yang senang dan selesa, tetapi yang lebih penting ialah melayani mereka dengan sikap yang hormat dan ikhlas.