Keterbukaan China Bawa Faedah Kepada Tesla, BMW dan BYD

2022-05-06 16:30:03  CRI
Share with:

Pada 1 Mei lalu, Tesla mengirim surat kepada Zon Rintis Perdagangan Bebas China (Shanghai) untuk menyatakan ucapan terima kasih atas sokongannya terhadap pemulihan pengeluaran kilang gergasi di sana dalam kawalan wabak yang ketat pada pertengahan bulan April.

 

Yang menarik tumpuan dalam surat tersebut, pihak Tesla menyatakan akan membina satu lagi kilang di Shanghai supaya kapasiti pengeluaran dapat ditingkatkan kepada 1 juta setahun.

 

Antara 936 ribu buah kenderaan Tesla yang dikeluarkan pada tahun 2021, 51.7% daripadanya adalah dari kilang gergasi di Shanghai.

 

Berikutan China membatalkan sekatan kuota pelaburan modal asing dalam sektor kereta elektrik pada tahun 2018, Elon Musk membawa pelaburannya ke Shanghai.

 

Projek pembinaan kilang gergasi Tesla Shanghai dirasmikan pada bulan Januari 2019. Hanya setahun selepas itu, Elon Musk datang ke Shanghai lagi pada 7 Januari 2020 untuk menyerahkan kad anak kunci Tesla kumpulan pertama buatan kilang gergasi Shanghai kepada pengguna.

 

Pada masa yang sama, BMW mengumumkan telah membeli 25% saham dari syarikat Brilliance Auto, pihak kerjasama selama 20 tahun di China. Dengan itu, BMW telah memegang 75% saham daripada syarikat aset campuran China-Jerman itu.

 

Kerajaan China membatalkan sekatan kuota pelaburan modal asing dalam sektor kereta biasa pada tahun ini. BMW menjadi syarikat asing pertama yang memegang lebih 50% saham daripada syarikat kenderaan aset campur di China.

 

Jelas dapat dilihat adalah tahap pembukaan China terhadap dunia bersifat berterusan dan semakin luas, manakala modal asing pula memperlihatkan keyakinan kepada prospek ekonomi China.

 

Pelonggaran sekatan terhadap pelaburan modal asing di China juga merangsang syarikat domestik berusaha meningkatkan daya saing.

 

Meskipun menghadapi kenaikkan harga bahan metah, impak wabak, masalah rantaian bekalan dan pelbagai unsur negatif pada suku tahun pertama tahun ini, syarikat kenderaan China tetap membuahkan hasil yang lumayan, khususnya dalam bidang kereta elektrik.

 

Pada suku tahun pertama, jualan kereta buatan syarikat BYD China mencatat 291.4 ribu buah, meningkat 179.76%. Antaranya kereta elektrik mencatat 284.7 ribu buah, meningkat 433.42%!

 

Kalau berbanding Tesla yang menduduki No.2 di pasaran China dengan jualan 105.2 ribu buah.

 

Pada masa yang sama, jualan kereta eletrik dari syarikat CHERY, GEELY dan GAC China turut memperlihatkan peningkatan besar-besaran.

 

Bagaimanapun, kalau berbanding dari segi keuntungan kasar, BYD hanya mencatat separuh saja daripada Tesla.

 

Ini memberikan cabaran baharu kepada syarikat kenderaan domestik China. Selain berusaha menduduki kuota pasaran, mereka juga giat memikirkan untuk mengeluarkan produk berkualiti tinggi, melengkapi perkhidmatan perisian yang mempunyai nilai tambah yang tinggi serta mengurangkan kos bahan mentah.

 

Keterbukaan China membawa peluang kepada pelabur asing dan juga merangsang perkembangan syarikat domestik.

 

Keadaan ini bukan hanya berlaku dalam bidang kenderaan, juga pelbagai bidang lain yang semakin terbuka di China, menjadikan ekonomi di sini kekal berdinamik dan pada masa sama dapat memberi sumbangan kepada pemulihan ekonomi dunia.