"Empayar Pembohongan" Dah Hilang Keyakinan Dunia

2022-05-06 15:57:01  CRI
Share with:

Laman web Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan kenyataan baru-baru ini, memfitnah beberapa pegawai dan media China memperbesarkan "maklumat palsu" pihak Rusia membabitkan isu Ukraine, dan ingin merasionalkan operasi ketenteraan Rusia di Ukraine.

Walau bagaimanapun, kenyataan itulah maklumat palsu yang penuh dengan penipuan.

Tuduhan AS terhadap China yang disebut dalam kenyataan tersebut sebenarnya laporan fakta dan analisis rasional yang disampaikan oleh China. Misalnya, kenyataan itu menuduh China membesarkan "maklumat palsu" yang disampaikan oleh Rusia tentang AS membina makmal biokimia di Ukraine. Pada hakikatnya, AS sudah mengakui kebenaran itu sebelum ini.

AS dalam dokumen kerja kepada perhimpunan negara-negara pemeterai Konvensyen Senjata Biologi (BWC) pada November lalu telah mengakui pihaknya mempunyai 26 projek kerjasama termasuk makmal biokimia di Ukraine. Menurut "dokumen fakta" pula yang diserahkan oleh Pentagon pada Mac 2022, pihak itu mempunyai 46 "fasiliti kerjasama" di Ukraine. Apakah kesemua ini maklumat palsu?


Fakta membuktikan bahawa adalah pegawai dan media AS yang mengedarkan "maklumat palsu" dalam isu Ukraine, dan China ialah mangsa serangan maklumat palsu tersebut.

Dunia sudah biasa dengan pegawai dan media AS yang bersekongkol untuk membuat khabar angin bermotifkan politik. Daripada "serbuk pencuci" perang Iraq hinggalah "Helmet Putih" perang Syria, semuanya adalah "karya cemerlang" yang dihasilkan bersama pegawai dan media AS. Setelah tercetusnya krisis Ukraine, mereka berbuat demikian lagi.

Media China baru-baru ini menerbitkan rencana bertajuk "Falasi AS Mengenai Isu Ukraine yang melibatkan China". Rencana yang mengandungi kira-kira 15,000 perkataan itu menggunakan fakta dan data statistik yang benar untuk menganalisis pelbagai falasi AS tentang China. Siapa yang menyebarkan khabar angin untuk menghitamkan nama orang lain dan mengelirukan orang awam? Setiap orang yang tidak mempunyai prejudis akan ada jawapannya.

Sebagai pencetus krisis Ukraine, AS yang dikenali sebagai "empayar pembohongan" sudah lama hilang keyakinan dan mendapat masyhur buruk oleh dunia. Semakin banyak ia menghitamkan nama China, semakin terdedah tindakan buruknya sendiri.