Britain, Jepun Tandatangan Perjanjian Pertahanan Baharu

2022-05-06 14:00:02  CRI
Share with:

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan rakan sejawatnya dari Jepun, Fumio Kishida telah mengadakan pertemuan di London pada Khamis, membincangkan keselamatan dunia dan hubungan dua hala.

Kedua-dua perdana menteri itu telah menandatangani Perjanjian Akses Saling Menguntungkan yang memberi laluan kepada Jepun bersama-sama tentera Britain untuk mengadakan latihan, latihan ketenteraan dan operasi menyelamat bencana, demi memperkukuh kerjasama ketenteraan kedua-dua negara di rantau Indo-Pasifik.

Britain merupakan negara Eropah pertama yang menandatangani perjanjian serupa dengan Jepun.

Selain itu, Jepun akan menjadi negara pengerusi Kumpulan Tujuh (G7) pada tahun depan dan Britain akan mempercepat keanggotaannya dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), Johnson menyatakan keinginan untuk merapatkan kerjasama dengan Jepun.