Wujudkan Situasi Menang-Menang, Elakkan Konfrontasi
Rangka kerjasama yang berorintasikan ASEAN telah dibentuk di rantau Asia Timur, dan ini adalah kunci bagi memelihara kedamaian dan kestabilan serantau. "Strategi Indo-Pasifik" yang diamalkan Amerika Syarikat (AS) adalah bercanggahan dengan hala tuju perkembangan sezaman dan tidak sejajar dengan kepentingan bersama dan jangka masa panjang negara-negara di rantau ini.
Ahli Dewan Negara yang juga Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian ketika mengadakan pertemuan secara maya dengan Menteri Penyelarasan Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Panjaitan selaku Ketua Penyelaras Kerjasama dengan China pada Jumaat.
Menurutnya, tak kira kerjasama serantau diperluas ke Pasifik atau Lautan Hindi, fokusnya kekal berada di Asia Timur dan enjinnya ialah ASEAN. Tak kira apa strategi serantau dikemukakan, misinya adalah saling menguntungkan tetapi bukan konfrontasi. China dan Indonesia merupakan wakil entiti ekonomi baharu di rantau ini. China komited meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dengan Indoensia, bersama-sama memelihara situasi damai dan stabil serta hak pelbagai negara di rantau ini untuk mewujudkan pembangunan.
Luhut pula berkata, perpaduan dan kerjasama antara Indonesia dengan China membolehkan kedua-dua negara ini mengatasi pelbagai kesulitan dan cabaran. Sifat asas hubungan Indonesia-China yang saling menguntungkan memberi panduan penting bagi kerjasama antara negara-negara membangun.