Wang Qishan akan Hadir Upacara Pelantikan Presiden Yoon Seok-youl

2022-05-07 15:00:21  CRI
Share with:

Atas undangan kerajaan Korea Selatan, wakil khas Presiden China, Xi Jinping, Naib Presiden, Wang Qishan akan mengetuai delegasi ke Korea Selatan untuk menghadiri upacara pelantikan presiden Yoon Seok-youl di Seoul pada 10 Mei.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian dalam sidang taklimat pada Jumaat.

Menurutnya, jadual terperinci lawatan itu sedang dibincangkan. China dan Korea Selatan merupakan jiran bersahabat. China berharap Korea Selatan berkembang maju dalam pelbagai bidang dan hubungan persahabatan dan kerjasama China-Korea Selatan diperkasakan ke tahap yang lebih tinggi.