Biden Umumkan Pelan Bantuan Keselamatan Baharu kepada Ukraine

2022-05-07 15:26:15  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan pelan bantuan keselamatan pusingan baharu kepada Ukraine pada Jumaat.

Menurut pelan itu, pihaknya akan membekalkan lebih banyak senjata api, radar dan peralatan lain kepada Ukraine.

Biden menyatakan, AS akan menghantar peralatan senjata yang mendapat keizinan daripada Kongres secara terus-menerus. Bantuan pusingan kini hampir menghabiskan kesemua dana bantuan keselamatan AS kepada Ukraine.

Biden menambah, AS dan rakan-rakan Ukraine yang lain akan meneruskan langkah menghulurkan peralatan senjata kepada Ukraine.