Usaha Melawan Pandemik di AS Menjadi Malapetaka Kemanusiaan

2022-05-07 15:08:13  CRI
Share with:

Menurut laporan Syarikat Penyiaran Nasional (NBC) Amerika Syarikat (AS), jumlah kematian akibat wabak COVID-19 melebihi 1 juta di negara itu pada Rabu lalu. Kehilangan sejuta nyawa tersebut berlaku dalam tempoh 27 bulan lalu, dan lebih separuh kematian itu terjadi selepas kerajaan AS sekarang mula memeritah.

Angka yang mengejutkan ini bermakna kira-kira 1 daripada setiap 330 rakyat AS mati akibat wabak COVID-19.

Sebagai satu-satunya kuasa super di dunia, mengapakah AS menjadi "negara paling gagal dalam melawan pandemik di dunia"? "Mendahulukan kepentingan diri atas nyawa orang ramai" dan "hegemoni di atas hak asasi manusia" mungkin sebabnya.

Pada masa awalnya penularan pandemik, kerajaan AS ketika itu mempolitikkan isu melawan pandemik secara saintifik. Mereka mengecilkan kesan pandemik dalam negara di samping menghitamkan nama negara lain bagi mengelakkan tanggungjawab diri.

Selepas kerajaan sekarang berkuasa, untuk tujuan yang sama iaitu "menyalahankan negara lain", melakukan sandiwara iaitu mengarahkan agensi perisikan untuk mengesan sumber virus. Manipulasi politik itu hanya untuk memenuhi kepentingan ahli politik, tetapi mengorbankan nyawa dan kesihatan rakyat di negara itu.

Pada masa yang sama, walaupun kerajaan AS sentiasa menyebut "melindungi hak asasi manusia", namun melakukan perbuatan tidak masuk akal iaitu mengalihkan wang menyelamatkan nyawa rakyatnya untuk membantu Ukraine. Di mata ahli politik AS, hak untuk hidup rakyatnya jauh kurang penting daripada hegemoni di luar negara.

Yang menyedihkan adalah sebanyak 200,000 kanak-kanak di AS menjadi "anak yatim COVID-19". Di samping itu, harga perumahan, makanan dan bahan bakar melambung tinggi, dan berjuta-juta rakyat AS susah untuk menanggung kos hidup. Semua ini telah mendedahkan hipokrit ahli politik AS yang hanya mempedulikan kepentingan diri.