NEV, Pilihan Popular di Kawasan Desa

2022-05-07 20:15:11  CRI
Share with:

Li Yugang, penduduk yang tinggal di kampung Xiaocaiyu, provinsi Shandong, baru membeli sebuah kenderaan tenaga baharu (NEV) dengan harga 100,000 yuan (RM65,420) pada April lalu.

Menerusi insentif ditawarkan kerajaan, Li dapat menikmati subsidi sebanyak 3,000 yuan (RM1,962) bagi bayaran pengecasan.  

Li yang mengusahakan sebuah kedai produk istimewa tempatan, perlu memandu sehingga 6,000 kilometer setiap bulan untuk menghantar tempahan pelanggan.

Ini bermakna, kos bahan api yang ditanggungnya mencatat kira-kira 4,000 yuan (RM2,616) sebulan.

Selepas memilih NEV, saban bulan dia hanya perlu membelanjakan lebih kurang 600 yuan (RM392) untuk mengecas.

Bercirikan mesra alam serta lebih menjimatkan kos, kenderaan jenis itu telah menjadi pilihan popular di kawasan desa China.

Untuk rekod, jumlah jualan NEV di pasaran desa China direkod sebanyak 1.068 juta unit pada 2021, meningkat 1.7 kali ganda berbanding 2020.