Waspada Politikus yang Ingin Hidupkan Semula Militerisme di Jepun

2022-05-08 14:38:29  CRI
Share with:

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-75 penguatkuasaan perlembagaan damai di Jepun. Namu, langkah-langkah beberapa politikus di negara itu kian lari dari jalan damai, berniat untuk memecah sekatan dari perlembagaan damai dan menubuhkan tentera pertahanan serta berhak untuk berperang, melalui langkah mengheboh-hebohkan teori ancaman dari luar. 

Menghadapi isyarat berbahaya itu, masyarakat antarabangsa dinasihatkan berwaspada terhadap tindakan politikus Jepun yang ingin menghidupkan semula militerisme.

Pada 75 tahun yang lalu, Jepun kalah dalam Perang Dunia II dan mengumumkan perlembagaan baharu pasca perang. Menurut perkara 9 perlembagaan itu, Jepun melepaskan langkah-langkah melancarkan perang, membuat ancaman kekerasan atau menyelesaikan persengketaan antarabangsa melalui tindakan kekerasan untuk selama-lamanya. Untuk itu, Jepun tidak mempunyai tentera darat, laut, udara atau kekuatan pertempuran lain, dan tidak mengiktiraf hak berperang negara itu. Oleh yang demikian, perlembagaan baharu itu juga dipanggil perlembagaan damai.

Dalam jangka masa panjang selepas Perang Dunia II, pasifisme membolehkan Jepun memperoleh kepercayaan dari negara-negara Asia, dan ekonominya bertumbuh secara mampan.

Walau bagaimanapun, pada tahun 1990-an, arena politik Jepun menjadi semakin konservatif dan pertumbuhan ekonominya menjadi perlahan. Namun kerajaan negara itu tidak menjalankan pembaharuan politik dan ekonomi, sebaliknya aktif membuat perselisihan di luar negara dan terlibat dalam konflik antarabangsa untuk mengalihkan fokus rakyat dan menyelesaikan masalah dalam negeri.

Disebabkan perlembagaan damai mengharamkan Jepun untuk menyelesaikan konflik antarabangsa melalui tindakan perang, dan penggunaan perbelanjaan tentera tidak boleh melebihi 1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), maka kerajaan mahu membuat pindaan terhadap perlembagaan itu.

Baru-baru ini, Parti Liberal Demokratik Jepun menyerahkan cadangan kepada Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, mengenai penyusunan semula dasar luar dan pertahanan, serta meningkatkan perbelanjaan pertahanan ke tahap 2 peratus ke atas daripada KDNK.

Sempena lawatan Fumio Kishida ke enam negara baru-baru ini, beberapa negara Asia bersikap berjaga-jaga terhadap teori ancaman yang diheboh-hebohkan olehnya. Ini menandakan bahawa negara-negara Asia menghargai kedamaian yang tidak mudah diwujudkan.

Kerajaan Jepun dinasihat mendengar suara yang mencintai kedamaian dari dalam dan luar negara, mengambil iktibar sejarah dan terus memegang kepada jalan pembangunan secara damai.