Liang Zhengwei, ‘Pilot’ UAV yang Muda

2022-05-09 14:02:27  CRI
Share with:

Mempunyai minat terhadap peralatan elektronik sejak kecil, Liang Zhengwei kemudiannya meneruskan pembelajaran peringkat tinggi di sebuah insititut di Guangzhou dalam bidang pesawat tanpa pemandu (UAV) sejurus tamat sekolah menengah pada 2016.

Pada Ogos 2019, Liang yang berumur 18 tahun telah mempamerkan bakatnya dalam Pertandingan Kemahiran Masa Depan di Kazan, Rusia dan memenangi pingat perak dalam acara pengawalan UAV atau dron.

 Selepas menamatkan pelajaran, dia berjaya mendapat kerjaya sebagai jurutera untuk menyelidik dan mengeluarkan UAV.


Tugas utamanya adalah untuk mengendalikan UAV sebagai alat pembantu mengajar serta program pertandingan yang berkaitan.

 

Berbicara mengenai masa depan, Liang berharap agar dirinya dapat mengeluarkan aplikasi dengan pengaturcaraan UAV.