Dunia Perlu Dengar Suara Asia

2022-05-09 11:13:36  CRI
Share with:

Inisiatif pembangunan dan keselamatan global anjuran Presiden China, Xi Jinping bagi mendorong sistem orde antarabangsa yang adil dan rasional tatkala berhadapan pelbagai cabaran global berjaya mendapat sokongan luas daripada masyarakat antarabangsa terutama negara di rantau Asia.

 

Demikian ujar Menteri Luar China, Wang Yi semasa mengadakan pertemuan video dalam talian dengan Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn, pada Ahad.

 

Menurut beliau, pertemuan pemimpin negara BRIC, persidangan pemimpin kerjasama Asia Timur, Sidang Kemuncak Pemimpim G20 dan persidangan tidak rasmi pemimpin APEC akan dianjurkan China, Kemboja, Indonesia dan Thailand mulai Jun depan.

 

“Pentadbiran global kini memasuki ‘detik Asia’ dan komuniti antarabangsa meletakkan harapan agar Asia dapat memainkan peranan sebagai pemimpin,” ujar Wang.

 

Beliau turut menekankan bahawa China bersedia bersama-sama dengan Kemboja, Indonesia dan Thailand untuk terus berusaha demi keamanan dan pembangunan, mengekalkan multilateralisme, memberi sumbangan sebagai negara Asia dalam menghadapi cabaran global.

 

Wang berkata, kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kemboja, Indonesia dan Thailand baru-baru ini mengulangi bahawa masyarakat antarabangsa perlu bersatu-padu untuk menghadapi cabaran dan pembangunan terbuka serta inklusif.

 

“China berpendirian bahawa dunia perlu mendengar suara daripada negara-negara Asia, menghormati pendirian Asia dan mengambil iktibar daripada kebijaksanaan Asia.

 

“China yakin Kemboja sebagai negara pengerusi bergilir akan memainkan peranan yang unik dan membina,” tambah beliau.