Barat Galak Globalisasi NATO dan Jadikan G7 Sebagai NATO dalam Bidang Ekonomi

2022-05-09 15:58:30  CRI
Share with:

Menteri Luar Britain, Liz Truss tanpa berselindung baru-baru ini menggalakkan globalisasi NATO dan menjadikan G7 sebagai NATO dalam bidang ekonomi.

 

Nak lebih faham apa yang Truss katakan?

 

Mari Satria bantu terjemahkan maksudnya. Dengan kata lain, Britain mahu menghancurkan semua platform multilateral sedia ada supaya dunia hanya dikawal oleh Barat sahaja.

 

NATO yang kononnya pertubuhan pertahanan di Atlantik Barat, hanya ditubuhan untuk menyasarkan Pertubuhan Perjanjian Warsaw. Pada masa itu situasi dunia disifatkan “keseimbangan kegerunan”. Meskipun dunia berada dalam kegerunan, tapi masih mengawal keseimbangan.

 

Masalahnya, musuhnya terhancur pada 30 tahun yang lalu. Namun, NATO nampaknya terus memperkuat. Keseimbangan telah terpecah, dan yang tinggal hanyalah kegerunan.

 

Dunia telah menyaksikan dosa NATO dalam 30 tahun ini, termasuk pengeboman terhadap Kedutaan Besar China di Beograd pada 32 tahun yang lalu yang membunuh tiga orang warga China serta lebih 20 pegawai diplomatik China cedera.

 

Ketidakseimbangan ini terus bertambah dalam 30 tahun ini di Eropah. NATO menolak permohonan Rusia untuk menganggotainya, tapi terus merekrut pelbagai negara jiran Rusia, menempat senjata ke negara-negara tersebut. Ia bukan persatuan pertahanan lagi, tetapi satu persatuan ketenteraan yang bersifat menyerang.

 

Ekorannya, kita telah menyaksikan perang Rusia-Ukraine tercetus.

 

Truss telah menyentuh krisis peluru berpandu Cuba dalam ucapannya untuk mencerminkan ancaman dari Rusia. Tapi kini pangkalan tentera dan peluru berpandu NATO ditempatkan mengelilingi Rusia dan China.

 

Kini, Barat menggalakkan globalisasi NATO, meningkatkan hubungan dengan Jepun dan Australia di Asia Pasifik, bahkan secara terus terang menyatakan NATO akan “menjamin keselamatan Taiwan”.

 

Tidak lama sebelum ini, Amerika dan Britain juga telah menyokong resolusi PBB yang menyekat hak veto anggota tetap Majlis Keselamatan PBB. Mekanisme hak veto anggota tetap Majlis Keselamatan PBB sebenar juga satu mekanisme mencari seimbang mengenai isu keselamatan global. Pelbagai kuasa besar saling menyekat supaya keputusannya tidak menyebelah kepada sepihak.

 

Niat Barat untuk menghancurkan mekanisme ini supaya prosedur menangani isu keselamatan di PBB menjadi kurang kecekapannya. Dengan keadaan itu, NATO akan mendapat peluang untuk campur tangan.

 

NATO nak memperluas kegerunan ke Asia Pasifik. Di mana ada campur tangan NATO, di situlah juga ada darah dan perang.

 

Tapi mereka tidak berpuas hati terhadap “kegerunan ketenteraan global”, dan pada masa sama nak menjadikan kuasa ini sebagai jaminan kepentingan ekonomi, iaitu menjadikan G7 sebagai NATO dalam bidang ekonomi.

 

Truss menyifatkan G20 tidak mampu beroperasi secara berkesan sebagai satu entiti ekonomi kerana Rusia masih berada di depan meja.

 

G20 tidak disukai oleh G7 kerana G20 bersasaran mencari seimbang antara entiti ekonomi maju dengan entiti ekonomi membangun, manakala pengaruhnya semakin besar di arena antarabangsa. Tapi seperti dulu Satria sudah analisis, keseimbangan tidak disukai oleh Barat. Yang dimahui oleh mereka adalah peraturan di bawah “kegerunan”.

 

Agenda Barat telah terdedah melalui ucapan Truss, dengan mempererat hubungan dengan beberapa anggota G20, seperti India dan Indonesia, menjejaskan kuasa G20 sebaliknya memperkukuh kuasa G7.

 

Bahkan, Truss secara terus terang menyatakan kalau China tidak mematuhi “peraturan”, ia tidak diizinkan terus berkembang. 

 

G7 macam satu geng. Kalau awak nak berkembang, perlu membayar wang perlindungan kepada gangster, namanya NATO.  Yang diizinkan oleh G7 adalah kuli yang rajin bekerja untuk mendapat rezeki terhad, tidak berani mencabari peraturannya, terus membayar wang perlindungan kepada mereka supaya menjamin geng ini terus menghisap darah dari seluruh dunia.


Ada sektor perniagaan tertentu dimonopoli oleh geng, awak tak boleh mencampuri, kalau tidak akan dibanteras.