Lagi 170 Orang Awam Dipindah dari Mariupol

2022-05-09 12:37:21  CRI
Share with:

Lebih 170 lagi orang awam dipindahkan dari beberapa lokasi yang berkonflik termasuk kilang keluli Azovstal di Mariupol, tenggara Ukraine menerusi laluan keselamatan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menerusi jurucakapnya berkata, operasi pemindahan itu dijalankan melalui sinergi PBB dengan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), dan warga terbabit telah tiba di Zaporozhye pada Ahad.

Beliau menggesa pihak berkonflik memastikan keselamatan perjalanan penduduk Ukraine yang ingin dipindah keluar dan memberi bantuan diperlukan kepada mereka.

Difahamkan, lebih 600 penduduk awam telah dipindahkan dengan selamat dari Mariupol melalui operasi pengunduran baharu.