Wang Ruixu Guna Teknologi Bantu Pengambilan Pekerja

2022-05-09 14:14:16  CRI
Share with:

Dilahirkan sekitar tahun 1990-an, Wang Ruixu berasal dari sebuah keluarga yang biasa.

Kilang pemintalan bulu kambing kecil yang diusahakan bapanya pernah menjadi bankrap kerana menghadapi masalah dan Wang pula mengalami kemerosotan pembelajaran akibat ketagihan permainan dalam talian.

Setelah mendengar nasihat ibu bapa, Wang baru bersemangat untuk belajar dengan rajin dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

“Saya pernah mencari kerja sambilan seperti pengawal, menjual barangan di gerai tepi jalan, bahkan bertugas sebagai broker model untuk memperoleh pendapatan ketika belajar di universiti kerana ekonomi keluarga saya kurang baik,”katanya.

Pengalaman pekerja sambilan tersebut menggalakkan Wang untuk mengembangkan keusahawanan. 

Wang turut mulai mengendalikan aplikasi Jianzhimao untuk membantu pelajar universiti mencari kerja sambilan secara dalam talian dengan mudah dan selamat.

Aplikasi tersebut meraih anugerah dalam Pertandingan Keusahawanan Universiti China dan Wang Ruixu pula berjaya mendapatkan pembiayaan sebanyak RMB1 juta (RM656 ribu).

Kejayaan ini menyebabkan Wang mengekalkan ideanya yang “mengubah pasaran pekerja China dengan teknologi”bagi membantu lebih ramai orang mendapat kerja.

Pada 2017, Wang Ruixu menambah fungsi perkhidmatan perusahaan dalam aplikasi Jianzhimao. Transformasi ini berjaya membolehkan jumlah pengguna perusahaannya--Teknologi JoiWay mecatat 40 juta, jumlah syarikat meningkat kepada 1.47 juta dengan jumlah pendapatan mencecah RMB2 bilion(RM1.31 bilion).

Tatkala China dilanda pandemik COVID-19 pada awal 2020, pasukan yang dipimpin Wang Ruixu mempromosi“ruangan khas pengambilan kerja”menerusi aplikasi untuk menangani masalah akibat wabak.

Dalam tempoh sebulan sahaja, 237 syarikat pengeluar  barangan perubatan berjaya merekrut 16 ribu pekerja, sekali gus menyelesaikan masalah peningkatan permintaan pasaran dalam bidang bahan perubatan dan kekurangan jumlah pekerja di kilang dan syarikat terbabit.

Selain itu, “rancangan berkongsi pekerja” yang dikemukakan Wang menerusi aplikasinya juga membantu lebih 90 syarikat berkongsi lebih 4,000 pekerja.

Difahamkan, syarikat-syarikat tersebut kekurangan tenaga kerja dan kemudiannya dapat mengupah penganggur yang terjejas susulan terhentinya operasi pengeluaran syarikat.

Ketika pandemik COVID-19 masih berleluasa di negara ini, Wang bersama pasukannya juga menambah fungsi baharu dalam aplikasinya untuk membantu lulusan universiti mencari kerja secara dalam talian. 

Usaha gigih Wang Ruixu bukan sahaja membantu lebih 44 juta orang mendapat kerja, tetapi juga meraih anugerah “Pingat 4 Mei Belia China”yang disifatkan sebagai hadiah berprestij  tertinggi bagi golongan muda di China pada tahun ini.