Wahai, Alih Fokus ke Isu Sendiri

2022-05-09 13:53:09  CRI
Share with:

Dengan memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya tempatan pada Sabtu, Sinn Fein menjadi parti nasionalis pertama yang mendominasi Dewan Perhimpunan Ireland Utara sejak 101 tahun lalu.

Kemenangan Sinn Fein yang mahu Ireland Utara meninggalkan United Kingdom (UK), sudah pasti memeningkan kepala kerajaan British yang ketika ini bergelut dengan pelbagai cabaran.

Perubahan dalam landskap politik di Ireland Utara merupakan mikrokosma cabaran yang dihadapi kerajaan British dewasa ini.

Sejak tercetusnya COVID-19, sikap sambil lewa kerajaan terhadap penularan wabak selalu mengundang kritikan pedas.

Pada Februari, Perdana Menteri Boris Johnson mengumumkan pelaksanaan strategi 'hidup bersama COVID-19', yang dikatakan menjadi punca lonjakan drastik kes di negara itu.

Kini, angka kematian kumulatif akibat jangkitan COVID-19 di UK mencecah 180,000.

 

Lebih-lebih lagi, pertumbuhan ekonomi negara itu terus terencat akibat gangguan rantai bekalan dan masalah buruh pasca Brexit serta kenaikan harga tenaga.

Seperti lelaki lemas berpegang pada straw, kerajaan British mengalihkan perhatian masyarakat daripada pelbagai masalah yang didepani dalam negeri, sebalik campur tangan dalam bermacam-macam urusan global.

Daripada bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam melaksanakan ‘strategi Indo-Pasifik’ serta menyokong perluasan sayap Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), hingga meningkatkan sekatan ke atas Rusia dan mencampuri urusan dalaman China.

Pemerintah British sedang bertindak seumpama untuk menutup ketidakcekapan dan kegagalannya dalam menangani isu-isu domestik.

Sampai sekarang, mereka masih mengangan-angan betapa kuatnya empayar British hinggakan dikatakan matahari tidak pernah terbenam.

Mereka enggan mengakui bahawa penjajahannya telah mengundang malapetaka kepada dunia, dan juga membawa mudarat kepada diri sendiri.

Wahai, sedar dan bangkit daripada mimpi tersebut, beralih fokus ke isu-isu domestik. Itulah yang sepatutnya dilakukan pemerintah British.