Tipu Helah Campur Urusan Hong Kong Hanya Sia-sia

2022-05-10 14:09:59  CRI
Share with:

Tipu helah yang dilakukan kuasa luar termasuk Kesatuan Eropah (EU) bagi mencampuri urusan Hong Kong pasti akan menemui kegagalan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian dalam sesi taklimat pada Isnin, sebagai respons terhadap kenyataan dikeluarkan EU yang berniat memburuk-burukkan keputusan pilihan raya ketua eksekutif wilayah pentadbiran khas itu.

Zhao yakin ketua eksekutif penggal baharu mampu mengetuai barisan pentadbiran baharu dan tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat menyingkap lembaran baharu dalam pembangunan Hong Kong.

Tegas beliau, perbuatan EU seumpama turut mendedahkan wajah sebenarnya yang berniat mencampuri hal ehwal dalaman China serta menjejaskan kemakmuran dan kestabilan masyarakat Hong Kong atas nama demokrasi dan kebebasan.