Santapan Minda: Tabah Tempuh Onak Ranjau

2022-05-10 21:44:03  CRI
Share with:

Segala onak ranjau yang berduri wajar ditempuh dengan ketabahan, agar di hujungnya ada ruang nan luas untuk kejayaan ditempa.


Huraian:

Dipetik daripada puisi ciptaan Fan Peng (1272—1330), mutiara kata ini membawa maksud bahawa pelbagai onak ranjau wajar diharungi menerusi ikhtiar sendiri berbekalkan kecekalan dan kesabaran. Mungkin awalnya agak berliku tapi hujungnya pasti ada kejayaan menanti.

Ia diungkapkan untuk menggalakkan golongan belia supaya tabah menghadapi segala ujian dan dugaan yang mendatang, merubah diri ke arah modal insan berdaya saing, sekali gus menjadi tunjang masa depan negara.