NED, “Sarung Tangan Putih” AS

2022-05-10 13:12:11  CRI
Share with:

Amalan keji Endowmen Kebangsaan bagi Demokrasi (NED) Amerika Syarikat sebagai “sarung tangan putih” kerajaan negara itu terdedah menerusi satu senarai fakta disiarkan Kementerian Luar China baru-baru ini.

NED ditubuhkan pada 1983 atas nama pertubuhan bukan kerajaan yang menyalur bantuan kepada usaha demokrasi negara lain.

Tetapi hakikatnya, pertubuhan yang ditaja Rumah Putih dan Kongres AS itu menyasar menggulingkan pemerintahan dan menghasut konfrontasi di negara dan kawasan yang disasarkan.

Sepanjang empat dekad lalu, NED boleh dikatakan sebagai Agensi Perisikan Pusat (CIA) kedua AS.

Mereka mempunyai banyak rekod hitam yang mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa, antaranya mendalang revolusi warna untuk menggulingkan kerajaan negara lain, dan bersuhabat dengan kelompok politik tempatan bagi mencampuri agenda politik negara berkenaan.

NED juga memberi sokongan kepada kumpulan pemisah bagi merosakkan ketenteraman masyarakat, selain mencanangkan bermacam-macam maklumat paslu dan kenyataan bukan-bukan untuk memburukkan nama negara lain.

Daripada Asia Tengah, Amerika Latin hinggalah Afrika Utara dan Eropah Timur, tentakelnya menjangkau sampai ke setiap pelosok dunia.

China turut menjadi mangsa kegiatan penyusupan dan subversi yang dilakukan pertubuhan tersebut.

Tindakan keji yang diamalkan NED telah mengundang kecaman pedas daripada komuniti antarabangsa.

Banyak fakta membuktikan bahawa NED merupakan peralatan AS untuk mencampuri urusan dalaman negara lain demi mengaut keuntungan.

Ideologi yang dijaja NED bukanlah untuk merealisasikan demokrasi, tetapi ibarat racun yang membawa pergolakan dan perpecahan.