Modus Operandi Barat Jadi Bahan Ketawa

2022-05-10 15:20:30  CRI
Share with:

Menteri-menteri luar Kumpulan Tujuh (G7) dan wakil kanan Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan kenyataan memfitnah pilihan raya ketua eksekutif baharu Hong Kong yang diadakan dengan jayanya pada Ahad.

Betapa munafik dan tidak masuk akal kenyataan tersebut jelas kelihatan, jika meneliti proses pemilihan ketua eksekutif wilayah pentadbiran khas itu.

Berpandukan sistem pilihan raya baharu, seluruh proses dilaksanakan secara adil, saksama dan bersih mengikut undang-undang dan peraturan berkenaan.

Bidasan dilemparkan negara Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) menyasar pilihan raya tersebut adalah “mencaci pluralisme politik di Hong Kong", serta bertopengkan demokrasi mendesak China bertindak mengikut Deklarasi Bersama China-British.

John Lee Ka-chiu dipilih sebagai ketua eksekutif keenam Hong Kong dengan meraih lebih 99.16 peratus undi, sekali gus mencipta rekod tertinggi dari segi kadar sokongan.

Perbuatan negara Barat itu menginjak-injak undang-undang dan norma hubungan antarabangsa, malah sengaja memutarbelitkan pelaksanaan dasar "satu negara, dua sistem".

Ia secara tidak langsung mengganggu dan mejejaskan pembangunan demokrasi di Hong Kong.

Amalan dwistandard yang penuh tipu muslihat itu mustahil memperdayakan penduduk Hong Kong dan pasti sia-sia sahaja.