Marcos Jr Menang Pilihan Raya Filipina
2022-05-10 11:17:00 CRI
Calon presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr menang besar dalam pilihan raya dengan memperoleh lebih 29.4 juta undi setakat pukul 2 pagi tadi berdasarkan keputusan awal.
Keputusan itu akan diumumkan secara rasmi selepas mendapat pengesahan Suruhanjaya Pilihan Raya (COMELEC) dan Kongres Filipina.
Sementara itu, Datuk Bandar Davao, Sara Duterte-Carpio yang juga merupakan anak perempuan Presiden Rodrigo Duterte berjaya memenangi jawatan naib presiden.