Perkukuh Hubungan demi Limpahan Manfaat Rakyat
China menzahirkan ucapan tahniah kepada Filipina atas kelancaran proses Pilihan Raya Presiden yang menyaksikan lahirnya calon meraih undian terbanyak.
Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian berkata Beijing berharap dan percaya pelbagai aliran politik di negara itu dapat terus mengekalkan semangat perpaduan dan kolaborasi demi pemulihan dan pembangunan negara.
Mengenai hubungan Beijing-Manila, Zhao mengulas bahawa di bawah bimbingan strategik ketua negara, hubungan dua hala kekal utuh sehingga memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara serta menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.
“China dan Filipina menikmati ikatan muhibah yang terjalin sejak sekian lama. Kami merupakan rakan kongsi yang baik, dan juga yang bergerak selaluan ke arah pembangunan bersama,” katanya semasa taklimat akhbar di Beijing pada Selasa.
Zhao berjanji China akan bersinergi dengan Filipina untuk memantapkan lagi hubungan kejiranan baik dan memfokuskan kepada saling untung demi limpahan manfaat buat rakyat.