Detik-detik Penting dalam Sejarah Penerbangan Angkasa Pembawa Angkasawan China
29 April 2022 merupakan ulang tahun pertama pelancaran modul teras stesen angkasa China 'Tianhe'. Dalam tempoh setahun ini, beberapa “kali pertama” telah disaksikan dalam sejarah penerbangan angkasa pembawa angkasawan China.
Pada 29 April 2021, roket pembawa Long March-5B Y2 yang membawa modul teras Tianhe berjaya dilancarkan dari tapak pelancaran Wenchang di Hainan, selatan China. Penjelajahan modul teras Tianhe di angkasa dimulakan, sekali gus menandakan pemasangan dan pembinaan stesen angkasa China di orbit dilancarkan secara menyeluruh.
Pada Mei 2021, Tianhe menerima “pengunjung” pertamanya. Pada 29 bulan itu, kapal angkasa kargo Tianzhou-2 berjaya bergabung dengan Tianhe, kira-kira lapan jam selepas dilancarkan dari Wenchang, Hainan.
Pada 17 Jun 2021, stesen angkasa China menerima “penghuni” kumpulan pertama. Kapal angkasa pembawa angkasawan Shenzhou-12 membawa tiga orang angkasawan iaitu Nie Haisheng, liu Boming dan Yang Hongbo ke modul teras Tianhe. Tiga bulan kemudian, kapal Shenzhou-12 yang membawa pulang tiga angkasawan tersebut berjaya mendarat di bumi pada 17 September. Misi penerbangan kapal angkasa pembawa angkasawan Shenzhou-12 mencapai kejayaan.
Pada 4 Julai 2021, angkasawan yang menjalankan misi Shenzhou-12 buat kali pertama menjalankan aktiviti di luar karbin dan ini merupakan kali pertama angkasawan China di stesen angkasa menjalankan aktiviti di luar karbin.
Pada 16 Oktober 2021, modul teras Tianhe menerima kedatangan tetamu baharu. Kapal angkasa pembawa angkawasan Shenzhou-13 membawa tiga angkasawan iaitu Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu mula tinggal di stesen angkasa.
Pada 7 November 2021, angkasawan Shenzhou-13 buat kali pertama menjalankan misi di luar karbin. Wang Yaping turut menjadi angkasawan wanita China pertama yang menjalankan misi seumpama.
Pada 9 Disember 2021, tiga angkasawan Shenzhou-13 menyampaikan “kuliah Tiangong” pertama kepada pelajar di Bumi dari stesen angkasa.
Pada Januari 2022, Wang Yaping menjadi angkasawan wanita pertama di China yang bekerja di orbit melebihi 100 hari.
Pada 31 Januari 2022, krew kapal angkasa Shenzhou-13 buat julung-julung kalinya merayakan Tahun Baharu China (TBC) di modul teras Tianhe.