China Ikrar Perkasa Kerjasama Pragmatik dengan Slovenia

2022-05-12 16:29:12  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Slovenia, Borut Pahor saling mengirim perutusan tahniah sempena ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Xi menyatakan China dan Slovenia saling menghormati dan melayan satu sama lain secara sama rata, sementara kerjasama saling untung membuahkan hasil yang positif, dan pertukaran sosiobudaya makin dinamik. Ia telah membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Keeratan ikatan persahabatan turut terserlah apabila rakyat kedua-dua negara berganding bahu dan saling membantu dalam memerangi pandemik COVID-19, katanya.

Beliau turut menzahirkan hasrat China untuk memperkasa penyelarasan strategi pembangunan dan memperdalam kerjasama pragmatik bagi menyuntik momentum baharu kepada hubungan China-Slovenia.

Pahor pula berkata, ikatan bilateral itu menyaksikan perkembangan pesat sejak hubungan diplomatik dijalin 30 tahun lalu, begitu juga kerjasama ekonomi dan perdagangan yang mencapai hasil memberangsangkan.

Tambah beliau, sebagai negara anggota Kesatuan Eropah (EU), Slovenia menyokong peningkatan hubungan antara EU dengan China.