Keselamatan Eropah Perlu di Tangan Sendiri

2022-05-12 14:29:20  CRI
Share with:

China menyokong negara-negara Eropah mengendalikan isu keselamatan rantau itu secara berdikari.

Sokongan tersebut dizahirkan Presiden Xi Jinping dalam pertemuan secara maya dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz dan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron baru-baru ini.

Eropah kini terkena kesan limpahan makin teruk susulan konflik berlarutan antara Rusia dan Ukraine.

Atas hasutan Amerika Syarikat (AS), Eropah mengenakan siri sekatan ke atas Rusia, hinggakan dirinya turut menerima padah.

Negara-negara Eropah kini berdepan cabaran keselamatan yang makin teruk, terutamanya dalam bidang tenaga.

Eropah terpaksa menanggung kos lebih tinggi bagi memperoleh sumber berkenaan. Hal ini sudah tentu akan menyebabkan lonjakan harga barangan dan kos operasi syarikat, malah menjejaskan daya saing sektor perindustrian Eropah dalam jangka panjang.

Di samping itu, rantau Eropah juga menghadapi ancaman keselamatan yang makin serius gara-gara AS bertindak umpama menuang minyak tanah dalam api.

Hakikatnya, merencatkan proses kemandirian strategi Eropah antara matlamat utama AS menghasut konflik Rusia-Ukraine.

Eropah memerlukan lebih banyak kebijaksanaan dan keberanian untuk mewujudkan kedamaian dan kemakmuran.

Negara-negara benua itu perlu mencari kaedah untuk hidup bersama Rusia secara sama rata, dan mendorong pembentukan kerangka keselamatan Eropah yang seimbang, efektif dan mampan.

Eropah tidak boleh terjerumus ke dalam “perangkap AS” dan menjadi alat AS untuk memelihara hegemoni.