Jenayah Dilaku AS di Asia Tenggara Tidak Terkira Banyaknya

2022-05-12 12:20:43  CRI
Share with:

Usaha mengekalkan keamanan, solidariti dan kolaborasi daripada pergolakan, perpecahan dan konfrontasi merupakan aspirasi bersama negara-negara rantau dan juga hasrat masyarakat antarabangsa.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian sebagai respons terhadap laporan bahawa bom buatan Amerika Syarikat (AS) ditemui di Kemboja.

Sebelum ini, sebutir bom buatan AS seberat satu tan yang mengandungi lebih 500 kilogram bahan letupan ditemui di tebing sungai bertentangan dengan Istana Diraja di ibu negara Phnom Penh.

Hanya bulan April sahaja, skuad bom Kemboja mengalihkan sekurang-kurangnya lima butir bom tidak meletup yang digugurkan AS di negara itu semasa Perang Vietnam.

Zhao memetik catatan rasmi mengkritik serangan bom berkelompok dan senjata biokimia oleh AS ke atas negara Asia Tenggara antaranya Vietnam, Laos dan Kemboja semasa 1960-an hingga 1970-an, sebagai jenayah kejam yang tidak terkira banyaknya.

“Tak kira apa jua pembohongan disamarkan AS, ia nescaya akan dibongkar. Cubaan untuk menghasut konfrontasi sesama blok serta mencetuskan pergolakan dan ketegangan takkan mendapat sokongan.

“Negara-negara Asia mempunyai ingatan yang mendalam mengenai sejarah dan boleh membezakan yang betul dan yang salah. Kami takkan membiarkan rantau ini digunakan menjadi papan catur untuk saingan kuasa besar atau buah catur untuk konfrontasi kuasa besar,” kata Zhao dalam sesi taklimat di Beijing pada Rabu.