BRF Kawal Kestabilan dan Kemakmuran Rantau Asia

2022-05-12 16:48:00  CRI
Share with:

Jabatan bahasa Laos Kumpulan Media China (CMG) telah membuat siaran langsung mengenai operasi kerata api laju dari Vientiane, Laos ke Kunming, China.

 

Di bawah video tersebut, ramai netizen komen bahawa mereka baru tahu setiap hari terdapat begitu ramai penumpang menggunakan kereta api laju yang baru dirasmikan pada hujung tahun lalu.

 

Dulu ketika ia sedang dibina, terdapat banyak suara yang mendakwa kereta api laju tidak diperlukan di Asia Tenggara, sebab wilayahnya tak seluas seperti China.

 

Tapi, jika kita ingat, negara yang membina jaringan kereta api laju secara meluas antaranya adalah Jepun. Projek Shinkansen bermula pada lebih 50 tahun yang lalu, seiring dengan pembangkitan ekonomi Jepun.

 

Bangladesh sedang berusaha beralih dari negara pertanian kepada negara pembuatan, manakala pengeksportan pakaian menjadi penjana penting ekonomi negara itu. Bagaimanapun, kekurangan bekalan elektrik yang stabil dulu menjadi penghalang.

 

Dengan teknologi dan fasiliti dari China, loji jana kuasa Payra yang terbesar di Bangladesh mulai beroperasi baru-baru ini. Bangladesh menjadi negara pertama di Asia Selatan yang jaringan bekalan elektrik meliputi seluruh negara.

 

Selain itu, Bangladesh juga mendapat pinjaman sebanyak USD165 juta dari Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) untuk memperbaiki sistem penghantaran elektrik.

 

Antara pelbagai anggota AIIB, India mendapat pinjaman paling banyak, sementara negara-negara Asia Tenggara seperti Vietnam dan Indonesia turut mendapat sokongan dana dari AIIB.

 

Menghadapi pandemik, AIIB juga menubuhkan tabung khas sebanyak USD13 bilion untuk membantu anggota mengatasi impak dan memulihkan ekonomi

 

Sebagai pembekal dana yang terbesar dalam AIIB, China sebenarnya juga telah mendapat faedah daripada AIIB.

 

Setelah banjir teruk melanda Provinsi Henan pada musim panas tahun lalu, AIIB segera menyediakan USD1 bilion untuk membantu pembinaan semula kawasan tempatan.

 

Kerjasama pembinaan infrastruktur yang melancarkan kesalinghubungan, pengedaran dana yang lancar serta program yang mendekati hati rakyat serantau, semua ini pencapaian dalam rangka kerjasama Jalur dan Laluan (BRI).

 

Pada lima tahun yang lalu, kira-kira 30 orang pemimpin negara dan pertubuhan antarabangsa berkumpul ke China untuk menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa BRI (BRF).

 

Kalau dilihat menerusi perkembangan situasi global dalam lima tahun ini, forum ini adalah bertepatan pada waktunya, berjaya mengaktifkan sebahagian projek dan program di negara-negara Asia, antaranya terdapat sebahagian telah siap dibina.

 

Secara tidak langsung, ini semua akan menyediakan bantuan kepada pemulihan ekonomi negara-negara terlibat pada era endemik, sekali gus mempererat ikatan kita Asia supaya mengawal kestabilan dan kemakmuran serantau menghadapi kekacauan global.