Palestin Tolak Siasat Kematian Wartawan Al Jazeera Bersama Israel

2022-05-12 16:01:11  CRI
Share with:

Palestin menolak tuntutan Israel untuk menjalankan siasatan bersama berhubung pembunuhan wartawan stesen TV Al Jazeera, Shireen Abu Aqleh.

Menteri Hal Ehwal Awam Palestin, Hussein al-Sheikh dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis berkata, pihaknya juga tidak akan menyerahkan peluru yang membunuh wartawan itu kepada pihak Israel.

Menurutnya, Palestin akan menjalankan siasatan secara bebas dan memberi makluman kepada masyarakat antarabangsa secara telus.

Tambah beliau, pihaknya akan menyerahkan dokumen berkenaan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) supaya hukuman setimpal dikenakan terhadap Israel.

Shireen dilaporkan terkena tembakan di kepala apabila membuat liputan di bandar Jenin, Tebing Barat pada Rabu.