Xi Utus Tahniah kepada Marcos Jr
2022-05-12 12:09:59 CRI
Melalui usaha bersama, hubungan China-Filipina terus diperkukuh hingga mendatangkan limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, sekali gus menyumbang kepada kedamaian dan kestabilan serantau.
Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam perutusan tahniahnya kepada Ferdinand Marcos Jr yang dipilih sebagai presiden Filipina.
Xi berkata, hubungan kedua-dua negara sedang menghadapi peluang penting serta mempunyai prospek luas untuk terus berkembang.
Beliau turut menyuarakan kesediaan untuk bersama Marcos Jr memperdalam kerjasama strategik komprehensif China-Filipina demi faedah rakyat kedua-dua negara.