Lebuh Raya Nairobi Binaan China Mula Operasi Percubaan

2022-05-12 13:26:50  CRI
Share with:

Sebagai projek kerjasama penting dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), lebuh raya Nairobi yang dibangunkan oleh Syarikat Pembinaan Jalan dan Jambatan China (CRBC) dijadual akan beroperasi secara percubaan pada Sabtu ini.

 

Jalan bertol sepanjang 27.1 kilometer itu menyambungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta, Kawasan Perniagaan Pusat Nairobi, Pejabat Presiden, dan akan memendekkan masa perjalanan dalam bandar terbabit dengan ketara.

 

Terdahulu, Pertandingan Maraton Nairobi Pertama telah diadakan di lebuh raya ini, dengan menarik penglibatan lebih 8,000 peserta. Pada majlis penganugerahan, Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta berkata, pelancongan, perdagangan dan pelaburan negara terbabit akan dibaiki ketara berkat infrastruktur moden termasuk jalan tol itu.

 

Menteri Sukan, Warisan dan Kebudayaan Kenya, Amina Mohammed berkata, Lebuh Raya Nairobi adalah tempat sesuai bagi penganjuran kejohanan larian jarak jauh.

 

Beliau turut berkata bahawa lebih banyak kejohanan antarabangsa akan diadakan sepanjang lebuh raya itu kelak.