AS, Pembuat Kacau Terbesar Dunia

2022-05-13 14:45:41  CRI
Share with:

Selaku satu-satunya kuasa terbesar di dunia, Amerika Syarikat (AS) sentiasa berlagak umpama talam dua muka.

Bilamana bersifat kedekut, negara itu langsung tidak mempedulikan nyawa rakyat jelata, bahkan melalaikan kewajipan dan tanggungjawab antarabangsa yang digalas di bahunya.

Ketika bermurah hati pula, ia sanggup menghabiskan wang sebanyak-banyaknya untuk menghasut peperangan dan konfrontasi.

Selasa lalu, Dewan Perwakilan AS meluluskan akta peruntukan tambahan berjumlah kira-kira USD40 bilion (RM175.9 bilion) untuk Ukraine, antaranya bantuan ketenteraan mencecah hampir USD25 bilion (RM109.9 bilion).

Namun hingga kini, negara itu masih belum menderma satu sen pun dalam membantu pembangunan negara-negara di rantau Amerika Tengah, walaupun rundingan berkenaan sudah berlarutan selama empat tahun.

Dari perspektif lain, sebagai pembayar yuran terbesar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), AS telah berhutang lebih USD1 bilion (RM4.4 bilion) kepada agensi itu setakat ini.

Pada Mac, Presiden Joe Biden mengemukakan cadangan belanjawan tahun fiskal 2023 yang merangkumi perbelanjaan sebanyak USD813.3 bilion (RM3.42 trilion) untuk pertahanan negara.

Ketika itu, angka kematian akibat pandemik COVID-19 di AS sudah menghampiri sejuta orang.

Apatah lagi, kompleks perindustrian ketenteraan di AS menjadi pemeroleh faedah terbesar daripada Perang Afghanistan yang berlarutan selama 20 tahun.

Bagaimanapun, sebagai pencetus krisis Afghanistan, AS mengundurkan tenteranya secara senyap-senyap tanpa membayar pampasan kepada rakyat negara itu yang sekian lama menderita kesengsaraan, sebaliknya merompak aset mereka bernilai berbilion dolar.

Bagi AS, sudah menjadi satu kebiasaan untuk mengaut keuntungan daripada konflik dan peperangan yang ditimbulkannya.

Lantaran negara itulah yang bergelar “pembuat kacau terbesar di dunia".