Semua Pihak Perlu Sokong Rundingan Dialog Rusia-Ukraine

2022-05-13 13:55:41  CRI
Share with:


Wakil tetap China ke PBB, Chen Xu mendesak agar semua pihak untuk menyokong rundingan dialog antara Rusia dan Ukraine.

 

Menurut beliau, China berpendirian bahawa kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara perlu dihormati, Piagam PBB dipatuhi, serta keprihatinan keselamatan yang rasional dari setiap negara perlu diambil berat, selain menyokong sebarang usaha demi penyelesaian krisis.

 

“China menyokong sebarang inisiatif dan langkah yang boleh meredakan krisis kemanusiaan Ukraine, menyeru pihak terlibat menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menjalankan tindakan substantif untuk melindungi keselamatan rakyat jelata, menjamin hak dan kepentingan asas golongan wanita serta kanak-kanak,” ujar Chen.

 

Beliau berkata demikian ketika menghadiri mesyuarat khas isu Ukraine anjuran Majlis Hak Asasi Manusia PBB, pada Khamis.

 

China turut mengemukakan tiga inisiatif berhubung situasi kemanusiaan Ukraine selain turut menghulurkan bantuan kemanusiaan kecemasan kepada negara itu.

 

“Konsep keselamatan yang bersatupadu, komprehensif, kerjasama dan mampan perlu dikekalkan untuk membina rangka keselamatan global dan rantau yang seimbang, berkesan serta mampan,” kata Chen.

 

Beliau juga menyeru pelbagai pihak untuk terus memegang multilateralisme bagi mendorong pembangunan usaha hak asasi manusia antarabangsa yang sihat dengan mengingati tujuan sebenar pembentukan Majlis Keselamatan Hak Asasi Manusia PBB.