COVID-19: Kematian di AS Cecah Sejuta

2022-05-13 15:22:28  CRI
Share with:

Angka kematian akibat jangkitan COVID-19 mencecah sejuta di Amerika Syarikat (AS).

Namun, sesetengah langkah pencegahan wabak termasuk peraturan berkaitan pemakaian pelitup muka telah dibatalkan di banyak negeri, dengan alasan perlu belajar “hidup bersama virus”.

Ketidakcekapan kerajaan AS dalam mengawal penularan COVID-19 menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat tempatan.