Jangan Menjadi Biasa terhadap Pemergian 1 Juta Orang
Joe Biden hari ini mengeluarkan ucapan merujuk kepada kes kematian COVID-19 di negara itu mencatat 1 juta.
Menurutnya, ini petanda yang menyedihkan. Amerika akan menyediakan lebih banyak ujian, vaksin dan perubatan bagi menyelamatkan sebanyak mungkin nyawa dan menggesa Kongres memelihara bekalan sumber tersebut pada beberapa bulan akan datang.
Lonceng di Gereja Washington berbunyi sempena setiap kali berlakunya penambahan 100 ribu korban COVID-19 di negara itu sejak pandemik tercetus.
Pada 9 Mei lalu, lonceng geraja itu buat kali terakhir berbunyi 1001 kali. 1000 kali untuk memperingati 1 juta korban, manakala tambah sekali untuk mengingatkan pandemik belum berakhir.
Satria ingat pada bulan Januari tahun lalu, Joe Biden yang baru memenangi pilihan raya khusus mengadakan upacara peringatan atas 400 ribu korban Amerika dalam pendemik dan menyatakan “memancar cahaya dalam kegelapan”.
Tapi hari ini, kerajaan Amerika mengumumkan negara itu telah “hidup semula di bawah sinar” dengan korban 1 juta nyawa.
CDC negara itu menyatakan 98% penduduk tak perlu memakai topeng lagi. Pemantauan terhadap pelbagai data COVID-19 semakin longgar. Pelan bantuan COVID-19 dikurangkan dari USD22.5 bilion kepada USD10 bilion.
Kononnya kerajaan Amerika tidak mahu buat apa lagi untuk melawan pandemik.
Adakah varian Omicron memang tidak berbahaya lagi seperti propagenda kerajaan Amerika?
Jumlah kematian naik dari 900 ribu kepada 1 juta di Amerika hanya dalam hanya 3 bulan saja, tidak memperlihatkan trend perlahan yang ketara.
Perlu diingat, situasi ini berlaku tatkala kadar penggunaan vaksin yang meningkat dan dikatakan paling berkesan di negara itu. Ditambah lagi pula dengan pemantauan terhadap data wabak yang tidak begitu ketat seperti tahun lalu.
Tregedi ini boleh dielakkan.
WHO baru-baru ini mengumumkan data kematian tambahan pelbagai negara pada tahun lalu. Data ini membandingkan jumlah kematian setiap negara pada tahun lalu dengan taraf kematian purata sebelum pandemik.
Berdasarkan statistik, kematian tambahan di Amerika mencatat lebih 932 ribu orang. Mankala di China yang melaksanakan SOP yang ketat, jumlah ini adalah -52 ribu! Ini kerana SOP telah membantu banyak mengurangkan kematian ekoran pelbagai penyakit jangkitan yang lain.
Kini, pembatalan SOP di Amerika telah menambah lagi tekanan terhadap sistem kesihatan negara itu.
Sempena Hari Jururawat Antarabangsa Sedunia yang jatuh pada hari yang sama, para jururawat dari seluruh negara berkampung di depan White House untuk meminta perlindungan sempurna dan upah yang rasional.
Menurut statistik, daripada setiao lima orang doktor dan perawat di negara itu, terdapat seorang meletakkan jawatan dalam dunia tahun yang lalu.
Tekanan terhadap sistem kesihatan dijangka menghadapi peningkatkan lagi seiring dengan pembatalan kebanyakan SOP, para pekerja kesihatan menghadapi risiko terjangkit berulang kali.
Berdasarkan laporan media, korban pekerja kesihatan dari seluruh negara dalam pendemik mencatat 115 ribu setakat penghujung tahun lalu.
Manakala pegawai Persatuan Jururawat Antarabangsa Geneva Howard Catton berpendapat bahawa jika mengikut data sebenar, angka itu mungkin dua kali ganda berbanding yang didedahkan oleh media.
Keadaan di bidang kesihatan mungkin contoh ekstrem. Tapi cuba melihat sekitar kita. Pejabat susah menjadi penuh lagi, selalu ada orang mengkuarantin diri di rumah dan orang lain terpaksa ikut mengadakan ujian diri.
Jangan menjadi biasa terhadap pemergian orang lain, ini bukan normal baharu yang kita mahukan. Setiap orang berhak menikmati esok hari yang lebih baik.