Seminar Hak Asasi China-Eropah Fokuskan Teknologi

2022-05-13 17:18:16  CRI
Share with:

Seminar Hak Asasi Manusia China-Eropah 2022 diadakan secara hibrid pada Selasa, membabitkan tempat berasingan di Vienna, Austria dan Wuhan di China.

Lebih 100 orang cendekiawan dan pakar dari dalam dan luar negeri antaranya Austria, Britain dan Jerman serta wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijemput hadir ke seminar itu untuk mengupas topik berhubung teknologi dan hak asasi.

Naib Presiden Persatuan Pengajian Hak Asasi Manusia China, Xu Xianming berkata, China secara aktif menggalakkan pembangunan seimbang antara inovasi teknologi dengan jaminan hak asasi.

Menurut beliau, usaha memperkasakan kerjasama antarabangsa dalam bidang sains dan teknologi akan diteruskan ke arah menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.