China, Negara ASEAN Bertekad Dorong Rundingan CoC
China dan negara-negara ASEAN bertekad untuk mendorong rundingan mengenai Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan.
Demikian ditegaskan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sesi taklimat pada Jumaat.
Dalam pertemuan maya dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn Ahad lalu, Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi meluahkan harapan supaya momentum positif rundingan CoC terus dikekalkan dan konsensus berkenaan dapat dicapai seawal mungkin.
Sehubungan itu, Zhao berkata, penggubalan CoC adalah sejajar dengan aspirasi dan keperluan bersama China dan negara-negara ASEAN.
Berpanduan Deklarasi Tatalaku (DoC) Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan, CoC akan memberi jaminan peraturan yang lebih kukuh untuk ketenteraman berkekalan di perairan itu.
Zhao turut menyatakan bahawa China berkeyakinan penuh terhadap pemuktamadan CoC.
Menurutnya, China dan negara ASEAN akan mengadakan rundingan secara bersemuka mengenai CoC di Kemboja pada hujung Mei. Ini jelas mencerminkan keazaman bersama untuk mendorong rundingan tersebut.