10 Maut Insiden Tembakan di New York

2022-05-15 13:51:16  CRI
Share with:

Seramai 10 orang maut dan tiga lagi cedera dalam insiden tembakan yang berlaku di sebuah pasar raya di Buffalo, New York, Amerika Syarikat pada Sabtu.

Polis memaklumkan, 11 daripada mangsa kejadian itu adalah warga keturunan Afrika.

Suspek merupakan seorang lelaki kulit putih berusia 18 tahun yang bakal dihadapkan ke muka pengadilan atas tuduhan pembunuhan darjah pertama.

Pihak berkuasa tempatan akan menyiasat insiden terbabit sebagai jenayah kebencian dan kes ekstremisme ganas yang didorong sentimen perkauman.