Di Sebalik Koronavirus, Ada Keluarga Hancur

2022-05-15 16:06:53  CRI
Share with:

Rumah, tempat berteduh yang membawa kebahagiaan kepada anak-anak. Namun pandemik COVID-19 yang menular di serata dunia sedang menghancurkan perteduhan mereka. 

Menurut statistik berkenaan, lebih lima juta kanak-kanak di seluruh dunia menjadi “anak yatim piatu COVID-19” selepas kehilangan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa atau penjaga mereka seperti datuk dan nenek akibat pandemik itu.

Kehilangan penjaga tersayang secara tiba-tiba kemungkinan akan menjejaskan tahap kesihatan fizikal, mental dan emosi golongan terbabit.

Maka wajarlah kita segera bertindak untuk memberi sokongan yang sistematik dan mampan kepada kanak-kanak tersebut, sambil terus berjuang memerangi pandemik COVID-19.