Taktik AS Gagal Peroleh Layanan

2022-05-15 15:14:39  CRI
Share with:


Sidang kemuncak khas Amerika Syarikat (AS)-ASEAN yang pernah ditunda sebelum ini berakhir di Washington pada Jumaat lalu.

Diletakkan harapan tinggi oleh AS bagi menjayakan “strategi Indo-Pasifik”, acara itu menimbulkan banyak kontroversi, baik dari segi agendanya, mahupun hasil yang dicapai pada akhirnya.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas sidang kemuncak itu juga dianggap kekurangan isi kandungan substantif.

Menurut penganalisis, sidang kemuncak itu berakhir dengan keputusan sedemikian kerana AS cakap tak serupa bikin.

Negara itu menyebut-nyebut ia berhasrat memperluas lingkungan sahabat di Asia, tetapi sebenarnya berniat membentuk blok untuk mengekang China.

Pendirian ASEAN adalah berteraskan kepada prinsip bebas dan berkecuali. ASEAN menginsafi niat AS yang memaksa negara-negara serantau pilih kasih.

Sambil menyatakan sokongan terhadap kedudukan pusat ASEAN dalam urusan serantau, AS tidak pernah berhenti bertindak menjejaskan solidariti ASEAN pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Justeru, tidak hairanlah “kerangka ekonomi Indo-Pasifik” yang dikemukakan AS dalam sidang kemuncak kali ini gagal mendapat sambutan daripada negara-negara ASEAN.

Selepas sidang kemuncak itu, Presiden Joe Biden dijadual membuat lawatan ke Republik Korea dan Jepun, serta menghadiri sidang kemuncak Dialog Keselamatan Quadrilateral (Quad) di Tokyo. Ini juga merupakan lawatan pertamanya ke rantau Asia sejak menyandang jawatan Presiden AS.

Dalam konteks ini, negara-negara Asia mengalu-alukan AS memberi sumbangan demi kedamaian dan pembangunan serantau, tetapi bertekad menolak sebarang cubaan yang menyasar menjejaskan ketenteraman, solidariti dan kerjasama.