Lebuh Raya Nairobi Saksi Kerjasama Rapat China-Kenya

2022-05-15 13:00:51  CRI
Share with:

Lebuh raya Nairobi yang dibangunkan oleh Syarikat Pembinaan Jalan dan Jambatan China (CRBC) beroperasi secara percubaan mulai Sabtu, sekali gus menjadikannya fasiliti seumpama yang pertama di Afrika Timur.

Lebuh raya sepanjang 27.1 kilometer itu menyambungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta, daerah pusat perniagaan Nairobi, pejabat presiden dan tempat-tempat lain.

Menteri Pengangkutan, Infrastruktur, Perumahan, Pembangunan Bandar dan Kerja Raya Kenya, James Macharia dalam majlis perasmian menyifatkan lebuh raya itu sebagai satu projek bersejarah yang menyaksikan kerjasama rapat antara Kenya dan China dalam bidang infrastruktur.

Katanya, fasiliti berkenaan akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar Nairobi dan menjana pembangunan ekonomi Kenya.