Guangxi Buka Laluan Import Buah Sasar Negara RCEP

2022-05-15 15:13:32  CRI
Share with:

Sekumpulan durian keluaran Thailand seberat 6,665 kilogram dihantar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuxu Nanning, wilayah Guangxi pada petang Jumaat.

Daripada dipetik hingga memasuki pasaran China, seluruh proses urusan import buah berkenaan hanya memerlukan masa sehari sahaja menerusi perkhidmatan pelepasan kastam pantas.

Ini sekali gus menandakan pembukaan rasmi laluan import buah-buahan antara Guangxi dengan negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).