AS Digesa Siap Hadapi Krisis Ekonomi

2022-05-16 12:14:09  CRI
Share with:

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Amerika Syarikat(AS), Lloyd Blankfein menggesa negaranya bersiap sedia untuk menghadapi risiko tercetus krisis ekonomi.

Dalam temu bual bersama media tempatan pada Ahad, Lloyd Blankfein berpendapat AS sedang menghadapi "risiko yang sangat, sangat tinggi."

"Walaupun Rizab Persekutuan Amerika(Fed) mempunyai 'peralatan yang berkuasa besar' terhadap hala tuju perkembangan ekonomi, namun peralatan tersebut tidak dapat mengubah keadaan ekonomi semasa di AS dengan cepat. 

"Seumpama mengendalikan sebuah syarikat mega, AS perlu membuat persiapan rapi untuk menghadapi risiko," kata Blankfein.